Usah Risau Kekuningan Pada Bayi

jaundice for new born

Bila berbicara pasal kuning, teringat dulu bila anak yang sulung kena kuning. Baru dua hari pulang ke kampung, terus di kejarkan ke Hospital dek kerana kena penyakit kuning. Bacaan ketika itu telah mencecah 17. Anak di tahan di Hospital Mersing. Isteri terpaksa menemankan si kecil. Melelh air mata bila melihat si kecil di tempatkan di dalam Inkubator (lampu berwarna biru),mata bertutup dan hanya memaki pampers sahaja. Isteri berusaha sedaya upaya memujuk supaya si kecil supaya tidur dengan lena.

Itulah situasi anak yang sulung kena kekuningan. Kekuningan adalah penyakit yang normal bagi bayi yang baru di lahirkan. Ia biasa di kesan pada hari kedua atau dua minggu awal kelahiran bayi. Kekuningan atau nama saintifiknya “jaundice” adalah kekuningan yang berlaku pada kulit bayi. ia biasa berlaku pada hari kedua atau ketiga kelahiran bayi. Dan ia akan hilang selepas dalam masa dua tiga hari dan ada juga ynag membawa sehingga 2 minggu.

Jaundice_phototherapyIni adalah fenomena yang biasa berlaku kepada bayi. Ia bukan bermakna bayi tidak sihat tetapi mereka menjalani proses yang biasa dengan bayi-bayi yang lain. Kekuningan amat mudah di kesan dengan menekan kuku kita ke kulit bayi ataupun melihat mata putih, muka dan dada. Jika ada kekuningan , ini bermakna bayi berkenaan sudah pun kekuningan.

Ini adalah kenyataan dari Dr Zubaidi :

” Kekuningan adalah bukan satu penyakit misteri. Ia adalah satu fenomena normal apabila darah pada bayi menjadi rosak dan pecah dan dicernakan dalam hati. Pencernaana dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.

Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis. Tetapi apabila terdapat terlalu banyak darah yang rosak dan pecah dan di uraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat.  Peningkatan bilirubin inilah yang dapat di kesan melalui kekuningan pada tubuh bayi”

Menurut Dr Zubaidi lagi, yang lebih merbahaya jika kekuningan berlaku dalam masa 24 jam selepas bayi itu di lahirkan. Ia menandakan organ hati bayi berkenaan mempunyai masalah, samaada terkena jangkitan kuman atau masalah kecacatan semasa kelahiran. Kulit bayi menjadi kekuningan seolah-olah di sapu dengan kunyit. Jika masalah ini berlaku, ia perlu di rujuk segera pada pakar “neonatologist atau paediatrician”.

Jadi kekuningan pada bayi bukanlah satu penyakit yang misteri atau terkena sumpahan dari makhluk-makhluk yang lain. Ia adalah penyakit normal bayi. Pada ibu dan ayah di luar sana, usah risau jika anak-anak yang baru lahir terkena kekuningan. ITU ADALAH NORMAL. Terus rujuk kepada doktor atau hospital untuk rawatan susulan.

Sumber Dari : Dr Zubaidi.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Find Wireless Deals at BestInCellPhones.com. | Thanks to iCellPhoneDeals.com Free Cell Phones, Find Highest CD Rates and Incinerador De Grasa Revisión