
Membaca adalah satu amalan yang mulia. Selain daripada menambahkan ilmu pengetahun, ia juga dapat membimbing seseorang itu ke arah tabiat yang baik. Memang sukar untuk mendorong manusia membaca. Lebih-lebih lagi bila sudah meningkat dewasa.
Jadi apakah langkah untuk mendorong dan memupuk semua orang menanam budaya membaca?. Perkara yang paling utamanya adalah memupuk budaya membaca dari kecil lagi. Seawal mungkin yang boleh. Maksudnya, ibu dan ayah seharusnya memupuk budaya membaca kepada anak-anak mereka semenjak mereka kecil dan belum ke sekolah lagi.
Inilah masa yang terbaik untuk mendorong anak-anak unutk membaca. Memang sukar untuk dilaksanakan. Tetapi sedarlah bahawa membaca itu amat penting dan diri setiap orang. Tujuannya hanya satu, menambah seberapa banyak ilmu di dada dengan membaca.
Unuk menjayakan dorongan membaca ini, ibu dan ayah seharusnya memainkan peranan yang penting. Segalanya bermula dari ibu dan ayah. Maksud saya di sini adalah, ibu dan ayah perlulah menerapkan unsur-unsur atau sumber bacaan di rumah ataupun di dalam kereta. Sediakan seberapa banyak bahan bacaa yang boleh dibaca oleh anak-anak.
Tetapi yang paling sebelum menyuruh anak membaca, ibu dan ayah seharusnya memulakan dahulu tabiat membaca dalam diri. Tunjukkan pada anak yang kamu suka membaca. Cubalah sedaya upaya menunjukkan anda juga minat membaca. Secara tidak langsung, ia akan menarik minat anak untuk membaca. Cuba terapkan dalam minda anak-anak, membaca sememangnya satu keperluan.

Bacalah apa sahaja bahan bacaan berbentuk ilmiah sekurang-kurangnya sekali sehari. Paling tidak baca apa-apa bahan bacaan ilmiah sebelum masuk tidur. Dan jangan bosan untuk membacakan cerita pada anak-anak setiap kali mereka memintanya. Jangan bosan menjawab setiap pertanyaan diajukan hasil pemerhatian mereka dari buku-buku. Anak-anak semestinya tertarik pada warna dan bentuk. Mereka pastinya akan bertanya. Ambilah peluang ini untuk menerangkan pada mereka apa yang mereka lihat. Bacakan cerita-cerita yang tertulis dalam buku berkenaan. Ini bukan sahaj membantu, tetapi merapatkan lagi kasih sayang ibu dan ayah kepada anak-anak. Luang oleh seberapa banyak masa yang boleh untuk aktiviti membaca.
Ingat jika anak sudah meminta, ini adalah satu langkah yang paling baik untuk terus memupuk mereka dalam bacaan. Ini satu perkara yang bagus. Lakukan budaya membaca ini setiap masa. JANGAN berhenti.
P/S : Semakin banyak ilmu di dada, semakin tinggi orang akan pandang pada kita.
RSS Feed
Twitter
July 22nd, 2011
Admin
Posted in
Tags: 