
Makanan yang terbaik untuk bayi adalah susu ibunya. Susu ibu sememangyang yang terbaik untuk pemakanan bayi. Namun tidak semua bayi boleh menerima susu ibu sewatu umurnya 6 bulan ke atas. Kadang-kala mereka sudah tidak mahu lagi menerima susu dari ibunya.
Lebih-lebih lagi bagi ibu yang berkerjaya. Pemberian susu bayi amat terhad. Si ibu perlu memerah susu dan simpan di dalam botol. Lama kelamaan bayi agak sukar untuk menerima susu ibunya. Tambahan pula ia sedikit menyukarkan si Ibu untuk memberikan susu kepada bayi mereka.
Jadi langkah yang terbaik ialah menggantikan susu formula kepada bayi. Perkara pokok yang sering menjadi tanda tanya kepada ibu, apakah susu formula yang sesuai dan terbaik untuk bayi mereka. Tips memilih susu formula di bawah mungkin boleh membantu.
1) Sila dapatkan nasihat atau konsultasi daripada doktor. Setiap pencernaan bayi berbeza. Jadi dapatkan nasikat doktor mengenai susu formula yang sesuai untuk bayi mereka.
2) Pilih susu formula yang berkhasiat. Berkhasiat bermaksud, cukup segala kandungan nutrisinya yang boleh membantu kepada perkembangan bayi. Susu formula yang mahal kebiasaannya mempunyai khasiat yang tinggi. Tetapi susu formula yang murah juga tidak kurang hebatnya. Utamakan langkah yang pertama untuk memastikan kesesuaian kepada bayi anda.
3) Beli susu formula mengikut kesesuaian umur anak anda. Setiap susu formula di datangkan dengan kesesuaian bayi. Ia amat penting dalam proses pencernaan bayi anda.
4) Hati-hati ketika membeli susu formula. Perkara yang paling utama, pastikan tarikh tamat tempohnya. Dan pastikan juga tarikh pengeluarannya. Pilih tarikh pengeluarannya tidak terlalu jauh dengan tarikh anda membeli susu formula untuk bayi.
5) Pilih susu formula yang sesuai untuk budget ibu dan ayah bayi. Jangan terlebih budget untuk membekalkan susu formula kepada bayi. Takut ia akan membebankan pasangan ibu dan ayah si bayi.
6) Jangan selalu berganti susu formula. Sering menganti susu formula mungkin akan menjejaskan proses pencernaan bayi. Ia juga akan menyebabkan bayi akan merasa tidak selesa dengan proses pertukaran susu formula.
Di harap tips di atas sedikt sebanyak dapat membantu ibu dan ayah memilih susu formula yang sesuai untuk bayi mereka. Pastikan keutamaan pada tips yang pertama. Ianya ama penting untuk memastikan bayi selesa meminum susu formula yang di berikan kepada mereka.
RSS Feed
Twitter
May 17th, 2011
Admin
Posted in
Tags: 
salam, sy nak mintak pendapat tentang susu formula, untuk pengetahuan anak sy mula penyusuan susu formula selapas ibunya brpantang lagi. selepas enam bulan sy mula tukar peringkat susu formula daripada 1 ke tahap 2 dengan jenama yang sama tetapi mengalami masalah sembelik, so sy brcadang hendak tukar susu formula yang lama ( SuSu Anmum ) kepada yang baru, akan tetapi sy jadi buntu yang tukar susu jenama yg lain. boleh bg cadangan susu yang sesuai dengan masalah sy ini. untuk pengetahuan bajet sy dalam lingkungan Susu mcm Susu Anmum ok lah…
memang ngga bisa sembarangan ya, banyak yang harus di pertimbangkan..
terimakasih artikelnya, bermanfaat banget…
happy blogging