
Ramai isteri yang merungut kerana sukar memahami hati suami. Mereka sering mengeluh dan feedup untuk memahami hati suami. Sebenarnya, memahami hati suami tidaklah sesukar yang dijangkakan kerana secara puratanya kehendak mereka adalah sama. Apa kehendak suami yang harus difahami oleh seorang isteri ya?
1) Bebas bersama rakan-rakan.
Ini adalah lumrah kehidupan sebagai seorang lelaki. Perangai ini memang tidak akan berubah walaupun sudah lama berkahwin. Lelaki akan meluangkan masa yang lama bersama rakan-rakan. Tidak hairanlah jika masih ada suami yang suka melepak bersama rakan-rakan walaupun sudah berkahwin. Jangan halang mereka untuk bertemu rakan-rakan. Apa yang perlu sekadar mengingatkan mereka agar tidak pulang lewat ke rumah dan pertemuan mereka mestilah ada batasnya. Usah selalu hubungi mereka seperti queen control. Perkara inilah yang mereka tak suka. Percayalah, bila puas bersama rakan-rakan mereka akan rasa rindu untuk pulang bertemu isteri dan anak-anak.
2) Hobi.
setiap lelaki mempunyai hobi masing-masing. Jangan halang atau kritik hobi yang mereka lakukan. Mungkin ini sudah sebati dengan mereka. Lebih elok lagi jika isteri turut menyokong hobi yang mereka lakukan. Jika isteri merasakan hobi yang di lakukan suami boleh melalaikan, nasihat mereka. Ingatkan mereka tentang tanggugjawab mereka kepada isteri dan anak.
3) Ingin kuasa, di hormati dan dipatuhi.
Sudah lumrah sebagai seorang lelaki menjadi pemimpin. Jadi apa yang mereka inginkan. Mereka mahu menbentuk keluarga ke arah yang lebih baik. Hormati suami dan patuh dengan apa yang di terapkan di rumah. Suami paling pantang jika isteri mengatur atau bertindak menjadi guru kepadanya. Lebih-lebih lagi isteri yang suka memerintah. Ia akan membuatkan si suami bosan untuk lebih lama berada di rumah. Jika agak keterlaluan, nasihat suami dengan lemah lembut dan berhemah.
4) Layanan.
Semua suami inginkan layanan yang first class dari isterinya. Mereka menganggap mereka raja di rumah. Layan dan belailah mereka sebaik-baiknya. Sambut suami dengan senyuman bila mana mereka sampai sahaja di rumah. Layan mereka dan berikan apa yang mereka mahukan. Ya laa, setelah penat seharian di tempat kerja, bila pulang mereka mahukan layanan yang istimewa. Sediakan air minuman dan makan malam yang sedap. Ini akan menambat hati suami dan sejuk hati untuk tinggal lebih lama di dalam rumah.
5) SEKS.
Seks memang tidak boleh dipisahkan dengan naluri sebagai seorang lelaki. Setiap lelaki lebih cenderung memikirkan seks berbanding dengan wanita. Jangan menolak jika suami inginkan seks bila anda tidak uzur. Suami akan merasa kecil hati bila mana kehendak nafsunya di tolak tanpa sebab musabab yang kukuh. Jangan mendorong mereka untuk “makan luar”. Jika agak sukar untuk memenuhi kehendak seks suami, cakaplah elok-elok. Mereka pasti akan faham.
Haa macam mana? Susah sangat nak memahami hati seorang suami. Kepada para isteri, panduan ini boleh dijadikan untuk lebih memahami suami masing-masing. Jangan risau, artikel tentang bagaimana memahami hati isteri akan di terbit nanti. Teruskan untuk melayari ibudanayah.com.
RSS Feed
Twitter
May 6th, 2010
Admin
Posted in
Tags: 
bagus tips nie … tapi belum kahwin lagi… tapi kena amik tahu jugak … masanya pasti akan tiba..
trima kasih berkongsi ilmu.sy mmg suka meluangkan masa ngan kawan2..
isteri mau tambat hati suami? mudah je cuma dua perkara !
1)hebat di dapur-menambat nafsu makan suami.
2)hebat di ranjang-menambat nafsu ….suami.
1)pasti si suami teringat-ingat si isteri bila dia makan di luar.
2)pasti si suami terbayang-bayang si isteri bila dia cuba ‘makan luar’:)
Ada yang tertinggal jaga perut suami kerana perut dekat dengan hati. Kalau pandai memasak akan mengikat kasih sayang suami