Mengharungi alam rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah. Jika anda semua faham akan maksud berumah tangga sudah pasti boleh menghadapai perkara ini. Kehidupan rumah tangga sudah pasti mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan yang hebat. Ini semua akan di rasai bila bersama-sama mengharungi alam rumah tangga.
Bertekak, bergaduh, tak bertegur sapa adalah perkara yang normal berlaku pada setiap pasangan. Pelbagai sebab yang boleh menjurus kepada masalah ini. Mungkin ini akan menyebabkan kedua pasanagn agak dingin. Jika dingin pada waktu yang singkat, Alhamdullilah. Jika ianya berpanjangan tidak elok dalam berumahtangga.
Kepada semua pasangan yang menghadapi masalah ini, usahlah mengheret masalah ini dalam satu tempoh yang panjang. Ia tidak elok kepada rumahtangga yang boleh menjurus kepada perkara yang tidak diigini. Kebiasaannya perkara sebegini timbul dari sebab yang kecil. Tetapi dengan adanya sifat keegoan masing-masing yang boleh menyebabkan perkara ini menjadi lebih besar.
Bila di fikir-fikirkan balik, mungkin perkara yang timbul hanyalah hal yang kecil. Tidak perlu bergaduh atau bertekak hanya perkara yang kecil. Buangkan perasaan ego masing-masing dan berfikiran dengan lebih matang. Jika suami yang salah, cepat-cepatlah meminta maaf. Begitu juga kepada isteri.
Jika perkara ini melibatkan salah isteri atau suami, tegur dengan cara yang baik. Usahlah menghambur perkataan-perkataan yang tidak elok kepada pasangan. Terangkan sebaik-baiknya untuk lebih di fahami oleh pasangan supaya dapat di ubah menjadi lebih baik.
Langkah ini adalah satu langkah yang terbaik. Hal yang kecil tidak perlu di perbesarkan sebaliknya di selesaikan dengan cara yang dewasa dan matang. Ingat masing-masing memikul tanggungjawab bila bergelar suami isteri. Lebih berat lagi jika mempunyai anak. Jangan kerana hal yang remeh, segalanya hancur berderai. Hargai pasangan dan rumahtangga yang sudah di bina sekian lama. Ianya lebih baik untuk mengecapi kehidupan rumahtangga yang lebih sempurna. Insyallah.
RSS Feed
Twitter
April 27th, 2010
Admin
Posted in
Tags: 
Jangan Perbesarkan Hal Yang Kecil @ ibudanayah.com…
Kepada semua pasangan yang menghadapi masalah ini, usahlah mengheret masalah ini dalam satu tempoh yang panjang. Ia tidak elok kepada rumahtangga yang boleh menjurus kepada perkara yang tidak diigini. …