
Bila berbicara pasal kuning, teringat dulu bila anak yang sulung kena kuning. Baru dua hari pulang ke kampung, terus di kejarkan ke Hospital dek kerana kena penyakit kuning. Bacaan ketika itu telah mencecah 17. Anak di tahan di Hospital Mersing. Isteri terpaksa menemankan si kecil. Melelh air mata bila melihat si kecil di tempatkan di dalam Inkubator (lampu berwarna biru),mata bertutup dan hanya memaki pampers sahaja. Isteri berusaha sedaya upaya memujuk supaya si kecil supaya tidur dengan lena.
Itulah situasi anak yang sulung kena kekuningan. Kekuningan adalah penyakit yang normal bagi bayi yang baru di lahirkan. Ia biasa di kesan pada hari kedua atau dua minggu awal kelahiran bayi. Kekuningan atau nama saintifiknya “jaundice” adalah kekuningan yang berlaku pada kulit bayi. ia biasa berlaku pada hari kedua atau ketiga kelahiran bayi. Dan ia akan hilang selepas dalam masa dua tiga hari dan ada juga ynag membawa sehingga 2 minggu.
RSS Feed
Twitter
August 19th, 2011
Admin 





